KARANGANNYA :
Rifqi merenung ke luar tingkap, melihat titisan-titisan hujan jatuh menyembah bumi. Masih segar dalam ingatannya, sewaktu kecil dahulu, masa-masa beginilah yang paling ditunggu. Bermain lopak air bersama abang kembarnya, Redza. Tapi itu semua cerita lama. Perasaan marah masih membengkak dalam hatinya terhadap satu-satunya saudara seibu sebapa yang dia ada itu.
Rifqi tersenyum sendiri tatkala teringat lirik lagu Muda nyanyian kumpulan Hujan. "Waktu kecil, waktu yang gemilang". Waktu itu, dia dan Redza bagaikan belangkas. Ke mana sahaja sentiasa bersama. Tapi semua kenangan hanya tinggal kenangan.
Segalanya berubah apabila mereka menjejakkan kaki ke alam remaja. Rifqi yang lebih bijak berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Redza tersenyum bangga mempunyai adik yang bijak sebegitu tetapi tidak bagi Rifqi. Dia mula menjauhkan diri dari abangnya dan hanya bergaul dengan rakan-rakannya yang bijak sahaja kerana bagi dia abangnya tidak layak untuk bergaul dengannya.
Perkara itu masih berlanjutan hingga ke alam universiti. Jurang yang dicipta Rifqi makin besar walaupun Redza juga sudah berjaya menempatkan diri setaraf dengannya. Entah mengapa, dia cemburu melihat abangnya pandai beramah mesra dan mempunyai ramai kawan.
Perasaan dengki dan iri hati semakin menggunung tatkala gadis pujaan hatinya, Erliza disunting Redza sebagai isteri. Rasa mahu dipenggal kepala abangnya dengan kapak apabila menyaksikan persandingan mereka berdua. Atas alasan itu, hingga kini dia masih dingin dengan abangnya sendiri walaupun perkara itu sudah berlalu hampir lima tahun dulu.
Rifqi tersedar dari lamunan apabila telefon bimbitnya berlagu menandakan panggilan masuk. Pucat wajahnya mendengar khabar lewat telefon tersebut. Segera Audi A5 miliknya menderum menuju ke Hospital Besar. Sesampainya di sana, dia diraih abangnya yang terlantar akibat penyakit leukimia tahap kritikal yang dihidapinya. Hilang sudah dendam kesumat yang diperam selama bertahun-tahun itu. Sungguhlah, "carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga". Akan tetapi, Allah Aza Wajalla telah menentukan segalanya. Reza menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Rayyan malam itu juga.
Tamat ! Hehehe
bagus.....saya pun kena buat essei ni...cikgu bm suruh...hehehe
ReplyDeletesape rayyan???
ReplyDeleteSapa rayyan .????
ReplyDeleteMantap bang
ReplyDelete